Lihat Hasil Kerja We
Setiap projek adalah bukti komitmen kami terhadap kualiti. Dari flat ceiling hingga L-box LED dan cove lighting — kami tunjuk apa yang kami boleh buat.
Project Siling plaster
in KL & Selangor
Menunjukkan 15 daripada 500+ projek siap di KL & Selangor
Projek siap di seluruh Lembah Klang — dari Shah Alam, Klang, dan Petaling Jaya, hingga Cheras, Ampang, Damansara, dan Putrajaya.
Siling ruang tamu siap dalam 2 hari. Kemas, bersih, harga sama seperti dipersetujui. Team datang tepat masa.
Pasang L-box LED untuk ruang tamu. Hasilnya cantik, cahaya lembut. Saya suka team datang pagi, siap petang.
Buat cove lighting untuk living hall. Dorang explain dengan detail apa yang akan dibuat dan berapa kosnya. Siap dalam 2 hari.
Projek Anda Seterusnya?
WhatsApp kami dengan saiz ruang dan jenis siling yang anda mahu — kami akan datang ukur dan beri sebut harga dalam 24 jam.
Tiada obligasi · Lawatan tapak percuma · KL & Selangor sahajaYang Sering Ditanya Tentang Projek Kami
Jawapan kepada soalan yang paling kerap ditanya oleh pelanggan sebelum memulakan projek siling plaster.
Berapa banyak projek siling plaster yang telah anda siapkan?
Kami telah menyiapkan lebih 500 projek siling plaster sejak 2010. Projek-projek ini merangkumi flat ceiling, L-box LED, cove lighting, downlight, dan siling komersial untuk pelanggan di seluruh KL dan Selangor.
Di kawasan mana sahaja anda menjalankan projek?
Kami meliputi seluruh Kuala Lumpur dan Selangor termasuk Petaling Jaya, Shah Alam, Subang Jaya, Cheras, Klang, Ampang, Kajang, Puchong, Rawang, Kepong, Damansara, Setapak, Bangi, Sri Petaling, dan Sepang.
Bolehkah saya melihat contoh projek sebelum memutuskan?
Ya. Kami ada galeri projek di laman ini yang memaparkan hasil kerja sebenar kami — dari flat ceiling hingga L-box LED dan cove lighting. Anda juga boleh WhatsApp kami untuk gambar projek mengikut jenis siling yang anda minati.
Berapa lama masa untuk siapkan satu projek?
Flat ceiling biasanya siap dalam 1 hingga 2 hari. L-box LED dan cove lighting mengambil masa 2 hingga 3 hari. Projek yang melibatkan beberapa bilik atau rekaan kompleks boleh mengambil masa 3 hingga 5 hari.
Adakah waranti untuk kerja siling plaster?
Ya. Semua kerja pemasangan siling plaster oleh silingplaster.my disertakan dengan waranti kerja selama 1 tahun. Jika ada masalah akibat kerja kami dalam tempoh itu, kami akan baiki tanpa kos tambahan.
Berapa kos untuk pasang siling plaster?
Harga flat ceiling gypsum standard bermula dari RM 5.50 per sqft. L-box LED bermula RM 18 per kaki lari. Cove lighting bermula RM 22 per kaki lari. Harga sebenar bergantung pada saiz ruang dan jenis rekaan. Sebut harga percuma →